Status FB aku masa 2/1/2012.
Macam tajuk presentation aku.. tapi aku tak cakap mende nih pon. haha..
Aku terpikir tajuk tuh selepas baca macam-macam komen daripada kgkwn yang cakap kisah sambutan tahun baru (anjuran pihak pembangkang dan kerajaan) dan juga yang baru-baru nih, pasal demontrasi mahasiswa UPSI.
Media perdana laporkan kisah macam nih... Yang berada di tempat kejadian pulak, cakap macam tuh.. Bak kata lecturer aku, 'Dah malas nak masuk campur'.. Haha..
Lagi satu isu yang aku terfikirkan ialah... library simpan suratkhabar utk rujukan pada masa akan datang. Tapi kalo laporan tuh berat sebelah, tidak tepat, atau untuk tujuan-tujuan tertentu bagi sesetengah pihak, layakkah dipanggil 'bahan sejarah'?
Sebab tuh la dlm perjurnalan akademik, sumber surat khabar tak diambil kira. Apa yang terpapar di suratkhabar/media perdana pon dah ditapis.. Maklumat sebenar tak sampai kepada rakyat.. Kawan-kawan FB aku ade yang menyokong kerajaan, ada juga yang pro-pembangkang. Bila ada kawan aku cakap atau ulang balik apa yg media bgtau, aku cuba balas balik, apa yang pihak lain sampaikan melalui Internet. Tapi tengok orang jugak.. Aku bukannya insan yang petah berkata-kata untuk melawan balik cakap dorang.. Kalo orang tuh dah berapi-api cakap, pulak tuh, ada geng yang sama-sama join, aku diam je..
Aku tak kata aku propembangkang. Aku pon tak suka jugak demostrasi jalanan nih.
Nak kata prokerajaan, tak jugak.. Memang sukar untuk memuaskan hati semua rakyat jelata, tapi kalo dah banyak sangat masalah sampai rakyat makin tak suka, mestila ada something wrong kan...
Tahun baru nih aku cakap pasal politik pulak.. heh.. Boring boring..
Ok, aku stop sampai sini dulu..


1 comments:
bkn sng nk puaskn ati sume org..
Post a Comment