Wednesday, January 25, 2012

Ilmu itu pelita hidup

Hari nih aku dah antar tesis yang sudah dibuat hardcover kepada lecturer. Pejam celik, dah abih setahun setengah.. Cepat je masa berlalu kann... Masa aku amik hardcover kat kedai seksyen 2 tuh, ada jugak student yang tengah tunggu hardcover dorang.. Yang ada sekarang kat uitm, pelajar tahun akhir. Yang lain semua sudah start cuti semester.

Aku rasa banyak mende nak share kat sini pasal pengalaman aku belajar. Yelah, amik course 'pelik', course 'tak glemer'. Bila orang tanya, sampai aku kene ulang 2x sampai kene jelaskan.
Hmmm.. xyah la merepek banyak2 kat blog.. Kalo kengkawan yang nak tau, lenkalila kita sembang kalo kita jumpa.. (Bukan apa, sekarang nih banyak btul sekatan di Internet. Tiada kebebasan bersuara di alam maya lagi... huhu~).

Aku nak share sket je la...
Masa aku form 4, aku penah tanya cikgu matematik aku, cikgu F.
Aku: "Cikgu, naper kita kene belajar 0101 nih?"
Cikgu F (sambil tersenyum): "Entahla, cikgu pon tak tau. Kita belajar jelah."

Dah masuk diploma comp science, barulah aku tau fungsi binary number dlm bidang komputer. Termasuk jugak decimal, hexadecimal.. Tak boleh nak salahkan cikgu aku kerana tak bagi penerangan yang sejelasnya. Sebab dia graduan jurusan kimia. Selain matematik, dia juga ajar subjek kimia di sekolah aku masa tuh. Mungkin dia tidak didedahkan apa gunanya konsep nombor binari dlm kehidupan kita seharian.

Semasa diploma dan degree sains komputer jugak, ada belajar matematik, statistik.. Masa tuh, pikir nak score je.. Apantah lagi, belajar dengan Miss E yang strict, banyak bagi homework (tp dia baik sebenarnya..) Masa degree pulak............. alamak... aku tak ingat nama puan tuh.. opss.. Yang pastinya, semua orang memang target A. Asalkan paham formula, tau nak buat, mesti boleh jawab masa exam.

Bila dah kerja, buat programming. Takde pulak nak gunakan ilmu yang dah belajar tuh kan. Itu akulah. Kgkawan aku, ada jugak yang jadi lecturer atau cikgu dalam bidang Matematik. Setiap orang, lain kemahirannya kan..

Dah sambung master, bila sampai bab research methodology, terjumpalah balik istilah-istilah yang pernah belajar, pearson, anova, kruskal wallis etc.. (sekadar sebut beberapa contoh). Disebabkan dulu belajar sebab nak score, memang tak ingat ape mende semua tuh. Terpaksalah bukak kitab balik. Aku pulak tak pernah guna SPSS, memang kene bergurulah dengan adik2 yang penah buat statistik guna spss masa dorang degree. Dulu belajar degree buat calculation saja, yang tesis master pulak, guna real data. Untuk tesis, takde la nak buat calculation ke hape, smuanya SPSS buatkan. Cuma nak pahamkan dan terjemahkan result tuh dalam ayat-ayat dan relatekan dengan research kita.

My point is, kita banyak belajar perkara yang kita tak paham apa tujuannya kita belajar. Memang betul, bukan semua apa kita belajar di sekolah/ universiti akan digunakan in real life, tapi at least, biarlah kita tau apa yang kita belajar tuh, paham konsep. Sekurang-kurangnya, mana tau, someday kita akan dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut.

Contohnya, ada orang ingat, kalo nak jadi artis, mesti tau belakon, menyanyi, main alat muzik atau menari. Tapi sekarang nih, ada banyak variety show yang idol kena buat selain perkara2 basic nak menjadi artis. Dalam satu episod We Got Married (korean show, episod yang 3 couples kene pergi sekolah yang konon2nya ada hantu), couple2 tuh kena jwb soalan matematik. Soalan mudah, tahap sekolah rendah. Masa tuh la kita tengok artis nih, terkial2 nak jawab. Samada gabra, xleh pikir sebab kalo 'ju-on' dah keluar, tengah merangkak perlahan-lahan ke arah dorang, takpon, dorang memang tak sempat nak belajar secara formal di sekolah kerana lebih banyak mempelari seni persembahan di studio. Ada sorang saje (SNSD's Seohyun) yang dapat jawab betul. Yang lain, production crew bagi hint, barulah couple2 tuh dapat pegi ke next room.
(hahah... nak jugak cakap pasal kpop.. )

In conlusion, ilmu itu adalah sangat penting untuk kehidupan kita. Oleh itu, para pelajar haruslah memanfaatkan baucar buku yang diberi oleh kerajaan untuk membeli buku-buku yang berfaedah dan menggunakannya untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka.

So, next time cakap pasal baucar buku pulak.

0 comments: