Warning! Takde gambar SuJu, ok???
Kalo nak tengok gambar SuJu, sila masuk link sini : sapphirepearl
19 Februari 2011

Aku, sarah dan kenalan Sarah
Aku bertolak dari Shah Alam dalam kul8 pagi... Nasib baik jalan tak jam. Sarah dah sampai dulu di Sg Wang, dia terus q. Aku sampai kul9... dah ramai dah orang... Aku baru tau floor atas penuh, kalo bukak lif pon tak boleh keluar.. Sempatla berkenalan dengan beberapa org ELF. Member Saranghaeyo Korea Club macam zira, ada special q, tak sampai 30min, dah dapat tiket. Best giler....
Selingan : Dulu zira penah ajak aku join SKC, bayar rm20-30 sekali daftar saja. Aktiviti dorang lebih kepada nak promote budaya korea di Malaysia. Heh.. aku sendiri tak sangat nak promote budaya sendiri, so aku rasa macam tak patrotik pulak kan.. Pulak tuh, aku bz keje.. Then aku pikir, kalo aku jd member pon bukannye aku boleh nak aktif sgt...Antara aktiviti yg dorang dah jalankan selain gathering di korea plaza ialah support bola sepak korea masa world cup tahun lepas.. Memang meriah la, sampai keluar gambar kat berita harian. Selain tuh, SKC dah janjikan SKC member akan dpt layanan istimewa kalo ada konsert artis korea di Malaysia.. That's why diorang dah boleh terus dapat tiket... tapi kiteorang kene beratur berjam-jam..
Ok, back to the topic..
Disebabkan lama lagi nak dptkan tiket, aku sempatla jalan-jalan kejap di bangunan sg wang tuh... Belikan bekfes untuk sarah sekali... Then, kul11.30 pagi, barula ada annoucement, sape2 yg nak beli tiket RM*** (tiket yg tak rmai org nak beli), boleh terus pegi ke tingkat atas..

Bergambar kejap...

ELF yang tengah q nak beli tiket. Q mengikut harga tiket..
Tahun lepas aku beli tiket last minute di kaunter KLCC... Siap boleh pilih-pilih tempat lagi. Tapi organizer thn nih, dia tanya kita nak pilih area mana... then terus bg tiket. Tahun lepas, aku duduk di U13. Tahun nih amik U1 pulak. Sebelah U13 je.. Ah... bila tgk tiket, tak best la pulak. Tak center sangat.. Huhu...

Iklan SS3 di Sg Wang.
Lepas tuh kiteorang pegi Times Square pulak untuk membeli 'barang-barang keperluan' semasa konsert.. Ramai jugak ELF yang menyinggah kedai mystar collection hari tuh..
Tahun lepas, aku pegi dengan kawan, tapi duduk dlm stadium sorang2... Kali nih, pegi sorang2 dari klang.. tapi duduk ada geng.. Hmmm..
Aku sampai dalam kul5. Sarah tak sampai lagi. Di perkarangan stadium, ada banyak booth jual glowstick, cekak bentuk rabbit/love, poster, tshirt.. dan banyakla lagi items yang berwarna biru dan berkaitan dengan SuJu.. Aku perasan ada penjual tuh jual barangan merah.. Opssss... Ayoo uncle, nih konsert Super Junior, tema biru la.. Merah tuh DBSK/TVXQ.. hihih.. Tapi ade la sorang dua yang beli... Mesti cassiopeia tuh.. ^^

Sudah semestinya aku tidak melepaskan peluang amik gambar banner babyKyu..

'It has to be you' adalah tajuk ost kdrama yang yesung nyanyi.. Aku tak ingatla tajuk drama tuh.
Yesung bukanlah feveret suju member aku, tp vocal dia memang mantapla..

Keluar kejap dari q untuk bergambar..
Masa konsert
Ramai yang komplen tiket mahal. So tak sepenuh macam tahun lepas. Aku cakap tak baper excited nak citer tuh, bukanlah disebabkan suju... tapi atas faktor2 lain.. Contohnya... aku ingatkan kalo dah penah pegi tahun lepas, mesti aku tau selok belok stadium.. Dah masuk stadium, aku boleh tak jumpa seat aku... Aku tanya staff smpai 5,6 kali tau tak... -.-'. Aku rasa macam satu seat tuh, tmpt duduk aku... tapi dah ada orang... Hp aku pulak kong, tak leh nk contact sarah...
Macam dulu, U13 no. 01, sebelah tangga. So aku ingat U1 o2 mestila dekat2 ngan tangga jugak... Tengok seating plan pon, seat tuh kat tepi... Rupanya U1 combine dengan U2... Seating plan tak betul. Patut lukisla areas tu bersambung.. huhuhu... Tak best btul duduk di tengah2.. Nak keluar kejap pon, terasa macam menyusahkan orang.. sampai aku terpijak2 kaki orang lain.. Nasib korang la kan.. Dah laluannya kecik, kaki korang besar.. sket je space nak lalu.. Sampai aku hampir tak dapat nak membalancekan diri, nasib baik ada orang yang pegang lengan aku supaya aku tak terjatuh ke row seat bawah. Kalo tak, mau dapat publisti free.. hehe..
Dah nak start konsert, barulah aku jmpe seat aku.. hahaha.. bengong.. Tuh pon sarah yang panggil.. Duduk je, lampu dipadamkan. Konsert start kul6.10 petang.. Aku ada amik gambar sket.. tapi tak baper clear.. Tak jadi tepek sini.
Hari nih 21/4.. Sebulan dah konsert tuh.. Aku dah tak ingat detail macam tahun lepasnya konsert.. Aku pon tak rajin nak gi check kat website lain.. ehehe.. Yang pastinya persembahan memang gempak la... Ada terbang-terbang, tahun lepas takde... hehe.. Nampakla peralatan yang digunakan memang canggih drpd tahun lepas.. so no wonderla tiket pon mahal kan..
Aku embed certain videos je la kat sini..
Opening and sorry sorry.
Ada satu slot, disiarkan video Kangin yang sekarang nih masuk army.. Takde pulak video kibum. Tak taula ape citer kibum nih.. Dah macam tak wujud je dalam suju, langsung tak join aktiviti, last sekali... ada muka dia dlm It's You MV.. Hankyung, dah memang konfem keluar suju.. hmm..
Henry - Baby.
Henry dan Justin Bieber, dua-dua dari Canada. Bezanya henry nih, keturunan Asia. Walaupun dia sangat berbakat, tapi susahla dia nak tembus pasaran US. Takpela, kat Asia nih pon, dia ada ramai peminat, kan..
Yesung
It has to be you.. Nih bukanla lagu feveret aku. Memandangkan elf nyanyi ramai2.. macam best pulak... Rajin dorang hapal lagu2 nih..
Perfection (Suju-M)
Lagu nih baru keluar awal bulan mac. Ada elf yang tak tau pon lagu nih..
Sebenarnya masa q, kiteorang dapat kapal terbang kertas. Orang tuh pesan, baling masa lagu cooking cooking.. tapi ramai yang baling tak kena time... huhu.. Ada jugakla beberapa projek yang tak menjadik... Fanchant, ada yang clear... tapi kebanyakannya budak2 nih menjerit sampai gegar stadium..
Aku menantikan persembahan daripada Lady Hee Hee (lady gaga + heechul) dan shindong bawak lagu beyonce..Kalo tengok konsert yang dah lepas, memang kelakarla. Nak bantai gelak tengok Lady Hee Hee yang sangat diva tuh. Sampai ke penghujung konsert, takde pulak. Ada senarai lagu ditukar kepada lagu yang aku tak familiar, lagu english dan bhs cina. Samada heechul masih stress dengan mukanya yang cedera di bahagian bawah mata disebabkan kene balingan objek drpd peminat semasa konsert di China atau ada larangan daripada pihak penganjur di Malaysia... Takut kene ban pulak kalo buat aksi yang menyalahi adat dan sensitiviti penduduk Islam Malaysia... Heechul pon hanya pakai spek hitam atau mask sepanjang persembahannya di ss3 Malaysia. Dah tak boleh jadi cinderella.... Dah jadi macho man pulak.. hehe..
Ada lagi satu citer.. Lepas insiden di china tuh, heechul post di twitter. Dia mintak fans jangan baling lagi barang ke stage. So.. dalam sejam pertama tuh, malaysian elf (termasukla elf negara lain) sangat baik... takde pon yg baling-baling barang macam tahun lepas. Tak lama lepas tuh, bila suju members sendiri yang mintak barang, mulala ada yang membaling toys. Heechul, bila nampak ada barang kat atas stage, dia gi sepak toy tuh keluar drpd stage. Hahahaha... heechul oppa.. rilex rilex. .Kalo tahun lepas korang baca blog aku, dia la yang rajin kutip toys atas stage pemberian fans.. Trauma lagi kot.. hihi..
Oh... aku lupe nak citer pasal babykyu aku.. Hmm.. Sori kyu... tak baper nak fokus kat dia.. haha.. Kali nih nampakla suju lagi banyak berinteraksi dengan peminat.. Siap amik kamera drpd peminat (terutama sekali siwon dan donghae), then amik gambar sendiri.. takpun tolong fans tuh amikkan gambar suju members yg lain.. Untungla sape yg duduk bawah.. Ala.. Aku tak heran pon.. Baik duduk diam2 je kat area atas.
Aku tgk yang kat bawah macam tak terkawal sangat... Masing-masing berpusu-pusu ke depan stage. Sian orang2 di area seat belakang. Dorang terpaksa berdiri atas seat untuk tengok performance SuJu. Anggota RELA dah suruh duduk, tapi suju jugak yang sengaja berdiri kat situ, bersalam-salaman dengan peminat dan biarkan peminat amik gambar dorang.. Babykyu pusing satu stadium, salam dengan peminat yang duduk front row di setiap area (kecuali area atas).
Sedar tak sedar, 3 jam dah berlalu.. Rasa macam tak puas.. 3 jam untuk setahun sekali.. Leeteuk as a leader, bg ucapan dalam korean, kemudian siwon cakap dlm english pulak, ucap terima kasih kepada fans di malaysia. Tahun depan, tak tau lagi nak pegi ke tak.. Dengar-dengarnya leeteuk dan heechul nak masuk army. Makin sketla member suju. Patutnya zhoumi dan henry diserapkan terus dalam suju. Rasanya skrg nih pon korean elf dah boleh terima dorang berdua..
Aku tak cakap lagi pasal beberapa suju yg lain. Kiteorang ada plan nak nyanyikan lagu besday untuk eunhyuk dan siwon... last2nya cuma lagu untuk siwon saje yg kedengaran.. hehe... Pasal ryeowook dan sungmin... aku takde mende sangat nak cakap psl dorang.. Eh.. sungmin dan eunhyuk skrg dah jadik member suju-m yang baru, gantikan hankyung. Sorila kepada peminat ryeowook, aku tak perhatikan dia sangat masa konsert. Jangan riso... suara dia tetap best dalam setiap persembahan suju.

Dah abih konsert..
Kertas yang aku pegang tuh, dah disediakan di setiap seat.. Tak dapat pulak arahan bila nak tunjuk kat Suju.. Sebab area bawah, dapat paper gambar love, ramai-ramai pegang masa satu lagu tuh.. Aku bawak balik je la..

Suasana selepas konsert.
Abih konsert kul9.30 malam. As a conclusion, PUAS ATI! ^^




2 comments:
kezen2 i ni mcm2 kome buat ye?.. ;p
masa muda2 tak penah gi konsert.. dah tua2 baru pegi.. hihi..
Post a Comment