Thursday, February 3, 2011

Al-Fatihah kepada arwah Uncle Edi

Selasa lepas, pakcik aku (belah mak), Maswardi, atau 'uncle edi', telah meninggal dunia di HTAR, klang kerana jangkitan kuman di paru-paru. Actually, awal bulan 11 tahun lepas, kaki kiri arwah dipotong (paras betis) kerana gangrene di HKL. Tapi ade kuman/virus yang sudah merebak sampai ke paru-paru dan otak.


Arwah masuk HTAR sejak pertengahan bulan januari, tapi lama-kelamaan kesihatannya makin menurun. Abang aku yang dari miri pon balik semenanjung (25/1), sempatla berjumpa dengan arwah sebelum arwah langsung tidak sedarkan diri, bergantung sepenuhnya dengan mesin.


Ahad malam isnin lepas (30/1), aku stay di umah jaga nenek aku. Yang lain berada di hospital. Keadaan uncle edi sangat kritikal, doktor cakap hanya tinggal 10% saja untuk hidup. Sistem dalamannya dah rosak, memang takde harapan nak sembuh. Nenek aku pulak, masa makcik dan pakcik aku offer nak bawak ke hosp, dia kata tak larat nak bangun dan duduk lama-lama kat wheelchair. Time semua orang dah takde kat umah, tetibe nenek aku bgtau aku yang dia nak lawat uncle edi (anaknya) pulak..


Waktu Maghrib, aku dah dapat panggilan daripada uniza, uncle edi dah 'takde'. Dia pesan jangan bagitau kat nenek aku dulu... Tak lama lepas tuh, dapat pulak msg, uniza cakap ade lagi 5%. Tadi doktor mencuba selagi boleh dan badan uncle edi bagi response, katanya.


Dalam masa yang sama, nenek aku cakap kat aku lagi, dia bukan nak pegi malam nih, tapi nak mintak pakcik aku bawak dia ke hospital esok. Malam nih dah 5%. Kalo esok pagi, belum tentu ada lagi peluang lagi. Aku bgtau mak aku hajat nenek. Mak aku balik umah dengan pakcik n makcik aku. Kiteorang bawak nenek ke hospital pada pukul 11 malam. Yelah, apa-apa boleh jadi. Taknak lah nanti terkilan di kemudian hari.


Esoknya, Isnin, keadaan uncle edi masih macm tuh jugak. Ada pilihan untuk cabut smua mesin daripada badan uncle edi, tapi kiteorang tak sampai hati. Biarlah sampai 'badannya dah tak terima mesin lagi'. Akhirnya, kul3 pagi hari Selasa, mak aku dapat panggilan daripada makcik aku yang uncle edi dah 'pergi'.


Sape sangka.. kalo sebelum nih nenek aku yang nazak.. tapi sekarang, anaknya pulak yang 'pergi' dahulu. Umurnya baru 48 tahun. Anak perempuannya, akan amik SPM dan anak lelakinya, akan amik UPSR tahun nih.


Kalo korang nak tau... masa aku daftar diploma dulu, parents aku pegi miri, abg aku kahwin. So arwahlah yang menghantar aku ke perak. Sampai sekarang, rasa macam tak percaya arwah dah takde. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin..

3 comments:

mrw said...

Innalillah

Naz_IezZ said...

salam....
al-fatihah.....same umur ngan p.uteh ms die meninggal taun 1996...umo die pn 48 taun....kite xleh jangka ape jadi pd ms akan dtg....

dr Allah kite dtg.....kepada Allah kite akn kembali...

is-nanie said...

Kalo Allah nak tarik nikmat/ nyawa daripada kita, anytime je kaan..