Selamat berpuasa kepada semua..
Aku lambat post entry nih sebab tunggu kawan2 upload gambar dari kamera dorang kat facebook. 12hb - 16hb Julai yang lepas, aku bersama kawan2 kelas Master of Library Science, UiTM Puncak Perdana, pergi ke Hong Kong dengan diiringi oleh dua orang pensyarah. Tujuan lawatan akademik ini ialah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sistem pentadbiran perpustakaan di Hong Kong. Dan of coursela kan... melancong sekali time cuti semester nih..

Pinjam buku dari PTAR 1, UiTM Shah Alam (tempat aku praktikal bulan Mei lepas) sebagai persediaan.. hehe..
12hb, Selasa. Flight kiteorang pukul 6.30 pagi ke Macau. Then naik feri ke HK. Pesanan aku, xyahla naik feri2 nih.. Baik korang bayar mahal sket... Dari Malaysia terus ke HK.. Sampai ade yang muntah2 dlm feri.. tp bukan kiteorang la..
Kiteorang sampai hotel, diberi masa untuk berehat kejap. Petang tuh baru jalan2 beli barang dan cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia. Nasib baik tourist guide dah pesan awal2 yang penjual kat market situ (ala2 petaling street), kasar orangnya.. Dorang marah2 kiteorang kalo kite tak jadi beli.. Ah.. pedulik la.. Kite bukan paham bhs dorang, dorang pon tak phm bhs kita. Ada yang paham english, ade yang tak. Then, singgah 7evelen, aku beli no simkad HK, harganya HK60 ~RM22. Memang jimat banyaklah daripada kgkwn aku yang pakai no Malaysia kalo buat panggilan atau sms.
Pagi 13hb, Rabu. Pegi Hong Kong Jewellery. Tempat nih takde dalam plan asal kiteorang. Tourist guide yang cadangkan kiteorang pegi sini. Kiteorang beli barang kemas yang murah2 je.. Lebih kurang bawah RM100.. Yang bawak duit lebih, bolehlah shopping banyak.
Then kiteorang pegi Victoria Peak. Boleh tengok pemandangan HK. Ala2 cameron highland. Kat situ, ada Madame Tussauds. Disebabkan leka bergambar dengan patung2 lilin, aku tak sempat nak pegi Hard Rock Cafe. Ada kwn beli tshirt hardrock HK, katanya harga lagi murah berbanding di Malaysia.. huhu..


Banyak giler aku amik gambar kat sini. Aku letak 3 je la..

Lawatan ke Chinese University of Hong Kong. Antara top U di sana.
Chief Librariannya matsaleh.. Mr Colin.

Malam tuh kiteorang jalan sendiri tanpa tourist guide, Brenda. Pegi Times Square HK. Suasana kat sana macam gi Times Square kat KL je..

Kebetulan minggu tuh baru nak keluar filem terakhir Harry Potter. Masa sampai sana, tak sangka kat situ ada train, building ala2 harry potter.

Lepas bergambar, kiteorang pusing2 kejap kat mall tuh. Kiteorang balik naik tram, yang macam bas 2 tingkat, tp ada landasan di jalan raya. Tersalah naik stesen, nasib baiklah sampai jugak hotel.


14hb Khamis. Pegi University of Hong Kong. University tertua dan berprestij di Hong Kong. Mendapat tempat no 23 di dunia dan no 1 di Asia dalam QS World University Rankings 2010. Librarynya pon canggih...

Petang, pegi Hong Kong Central Library, iaitu main public library. Best giler... Interior designnya macam shopping mall.. Ade escalator.. Orang pon ramai... Macam orang Malaysia shopping masa sales. Classmate aku bagitau, PNM pon tak macam tuh. Yang kanak-kanak kecik ditemani ibu atau maid indonesia/ filipino. Kebanyakan orang tua, yang dah bertongkat-tongkat pon memenuhkan ruangan yang ada suratkhabar. Yang muda2.. samada dorang study.. atau layan movie (ade tv lcd).. takpon dengar lagu guna headset. OST korean drama, You're Beautiful dah ada di rak sana. huhu~.. Disebabkan polisi library tak boleh amik gambar, so takdelah gambar di dalam library tuh.

15hb, Jumaat. Sehari suntuk di Disneyland. Oh.. pasal makanan, memang takde masalah. Breakfast di hotel. Setiap lunch atau dinner, kiteorang makan di restoran chinese muslim dalam muslim centre (masjid) yang berdekatan dengan hotel kiteorang. Boleh jalan kaki dalam 5 minit je. Sekali sekala kiteorang makan di restoran halal yang farah af, mawi dan ekin penah kunjungi.. Siap ada gambar dan sign dorang lagi ditepek kat kedai tuh.. Bagi aku, makanannya sedap gak.. Sape yang tekak Melayu tak boleh terima makanan cina.. tak suke la kot..
So pasal makanan di disneyland, sebelum masuk, dorang memang akan check beg kita. Kalo nk bawak yang ringan2 macam coklat ke.. roti ke.. pandai2la sorok.. Untuk lunch, kiteorang makan kat dining situ dgn hidangan special meal (pork free). Ejen yang uruskan.

Parade di Disneyland ada dua kali, pukul 1 dan 4 petang. Sangat meriah..

Kat dalam nih tak kesah nak bergambar.. So kiteorang berposing sakanla...

Tak beli pon anak patung tuh... hehe.. Abih duit beli t-shirt disney yang kakak aku kirim.. Kalo sape yang rasa nak borong banyak kat sini, kenela bawak duit lebey.. Aku bajet2 je, bawak tak sampai HK1,300++...
16hb Sabtu. Pegi ke Stanley Public Library.. Konsepnya lebey kurang macam perpustakaan desa di Malaysia (tp lagi canggihla kan), satu floor je untuk kegunaan penduduk setempat. Kawan aku sempat berbual dgn maid indonesia yang kebetulan berada di library tuh.. Gajinya bersamaan RM1,600 sebulan. Pergghh.. lebey kurang je dgn gaji graduan yang baru kuar universiti di Malaysia..
Petang tuh shopping sket sebelum pulang ke Malaysia. Shopping sekadar nak abihkan duit HK je.. Sampai Malaysia dalam kul12 tengah malam..

Nihla fail yang aku dapat daripada library sana.
Kesimpulannya... tak rugi la duit pegi HK. Pegi dengan kgkwn.. memang terasa jadi muda pulak.. lari sana sini.. Bila bergambar, posing sakan tak ingat dunia.. haha.. Other than that, aku dengan sorang kawan borak-borak dan kiteorang bersetuju yang malaysia belum bersedia lagi nak jadi negara maju macam HK pada tahun 2020 kalo mentaliti rakyat masih tak berubah.. Kat HK, kanak-kanak berusia 3 tahun dah dipaksa belajar oleh ibubapanya. Kat sana takdela nak harapkan bantuan kerajaan ke apa... smua kene berusaha sendiri untuk hidup selesa.
Untungnya kat Malaysia... at least yang berpendapatan rendah pon ade rumah yang berlaman kalo duduk di kampung2... Kat HK, yg miskin dudukla di flat tinggi2.. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.